Rabu, 5 Jun 2013

Keluarga adalah sesebuah kebahagiaan. Tanpa keluarga kita tidak akan merasakan kebahagiaan. Keluarga merupakan mutiara dalam sesebuah kehidupan. Kita haruslah menghargai keluarga dengan sebaik-baiknya :D

Erti sesebuah keluarga Tercinta :)

Saya merupakan insan yang biasa seperti insan2 yang ada di dunia ini. Setiap insan mempunyai keluarga, seperti juga saya. Gambar di atas ini adalah gambar kenangan saya bersama keluarga :) Sesungguhnya saya amat menyayangi keluarga saya.

Setiap individu itu sendiri perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan "KELUARGA" dan "BAHAGIA" sebelum menyimpan impian untuk memiliki kedua-duanya. Ada indivdu yang terlalu obses untuk memiliki sebuah keluarga bahagia tetapi malangnya individu itu sendiri tida tahu apa itu keluarga dan apa itu bahagia........




APA ITU BAHAGIA?

Istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beliau merupakan adik lelaki saya yang amat saya sayangiii........Mohammad Nor Haire :) Beliau seorang yang aktif dalam sukan dan bergiat aktif dalam tarian. Tarian Zapin adalah tarian yang beliau ceburi...
 
 
KESIMPULAN

Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana "Keluarga Bahagia" yang menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang dihadapi oleh manusia dari sudut ketiga-tiga elemen penting yang kita huraikan sebentar tadi.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah; kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup.



______________________________________________________________________

TAMAT LAH KISAH KELUAGA SAYA YANG SAYA INGIN KONGSIKAN KEPADA SEMUA.......
NEXT TIME JUMPA LAGIII :D
BYE
_____________________________________________________________________